Thursday 8 December 2011

Budi Bahasa Budaya Kita..

Pantun Budi Bahasa :

Agama Islam jadi pegangan,
Tersebar luas ke seluruh dunia,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah Bangsa kerana budaya.

Bersama-sama memertabatkan bangsa,
Supaya terkenal di serata dunia,
Tolong menolong sesama kita,
Amalan mulia berbudi bahasa.

Indah Sungguh negara Malaysia,
Ada pelbagai adat dan budaya,
Tak kira kaum atau bangsa,
Marilah kita amalkan berbudi bahasa.



Budaya mencerminkan bangsa..


Warisan Melayu..

Pantun Melayu :

Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Contoh :

Hari Ahad hari Selasa,
Buat jahat dapat dosa.

Cermin mata warna Jingga,
Indah kata kerana bahasa.

(Pantun 2 kerat)

Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.


Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


(Pantun 4 kerat)

Negara Malaysia berbilang bangsa,
Negara harmoni makmur dan aman,
Terkenal sehingga serata dunia,
Indah perkataan kerana bahasa,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah budaya kerana bangsa

(Pantun 6 kerat)




Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan..

Negeri ku Sabah Di Bawah Bayu

Lagu Negeri Sabah

Sayang Kinabalu

Tanak Kampung


Tuesday 6 December 2011

Negeri yang ku cintai, aman dan damai

Segala yang indah ada di sini...



Peta Negeri Sabah
Tarian Sumazau (Kaum Kadazan)
The Tip og Borneo (Kudat)
Unduk Ngadau (Ratu Cantik Sabah)




Bendera dan Jata Negeri Sabah

Gunung Kinabalu
Taman Orang Utan (Sepilok)

Pasar Tamu Kota Belud

Pulau Mabul, Semporna

Bunga Rafflesia

Periuk Kera

Saturday 12 November 2011

AKTIVITI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pemilihan buku mengikut pengelasan dewey


Pengawas Pusat Sumber Sekolah



Menjilid Buku Rekod Nilam

Tunjuk cara


Aktiviti menjilid buku rekod nilam dan pengelasan dewey..,
ambillah masa untuk membaca, membaca itu sumber kebijaksanaan,

Aktiviti Jejak Maklumat Slideshow Slideshow

Aktiviti Jejak Maklumat 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Aktiviti Jejak Maklumat Slideshow Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor