Thursday 8 December 2011

Budi Bahasa Budaya Kita..

Pantun Budi Bahasa :

Agama Islam jadi pegangan,
Tersebar luas ke seluruh dunia,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah Bangsa kerana budaya.

Bersama-sama memertabatkan bangsa,
Supaya terkenal di serata dunia,
Tolong menolong sesama kita,
Amalan mulia berbudi bahasa.

Indah Sungguh negara Malaysia,
Ada pelbagai adat dan budaya,
Tak kira kaum atau bangsa,
Marilah kita amalkan berbudi bahasa.



Budaya mencerminkan bangsa..


Warisan Melayu..

Pantun Melayu :

Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

Contoh :

Hari Ahad hari Selasa,
Buat jahat dapat dosa.

Cermin mata warna Jingga,
Indah kata kerana bahasa.

(Pantun 2 kerat)

Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang cantik budi,
Yang indah bahasa.


Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


(Pantun 4 kerat)

Negara Malaysia berbilang bangsa,
Negara harmoni makmur dan aman,
Terkenal sehingga serata dunia,
Indah perkataan kerana bahasa,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah budaya kerana bangsa

(Pantun 6 kerat)




Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan..

Negeri ku Sabah Di Bawah Bayu

Lagu Negeri Sabah

Sayang Kinabalu

Tanak Kampung